| |
Nilai Sekeping Kad Raya....

Kecanggihan teknologi zaman kini menyebabkan ramai yang kurang gemar untuk menghantar kad ucapan,tidak kiralah kad raya ke,kad hari jadi ke atau apa-apa sahaja.Apa susah,hanya tekan butang send dan tak sampai beberapa minit sahaja,si penerima sudah menerima pesanan.Semudah ABC!

Ucapan melalui sms kadang kala kita hanya kitar semula sms yang dihantar oleh kawan-kawan lalu disampaikan pula kepada sahabat-sahabat kita yang lain.Kadang-kadang kerana terlampau banyak mesej raya ini,tak sempat pun untuk kita baca malahan terus sahaja di "forward"kan kepada orang lain.Kebiasaannya pula hal-hal sebegini terjadi semasa malam raya.

Namun begitu,saya merasakan menghantar kad hari raya mempunyai nilai sentimental yang tersendiri kerana bagi saya ianya sungguh bermakna dan penuh ikhlas.Bermula daripada pemilihan kad raya,penelitian bait-bait kata didalam kad ucapan,selepas itu kita tuliskan dalam bentuk yang terindah dengan susunan bait-bait kata yang datang dari jiwa sehinggalah kita mengeposnya di pejabat pos.Setiap proses tersebut menggambarkan kesungguhan pengirimnya bukan?Saya tidak memaksa anda untuk bersetuju dengan pendapat saya.Itu pandangan masing-masing,namun inilah pandangan saya mengenai nilai sekeping kad raya.Sememangnya lain rasenya jika menulis sendiri di atas kad raya,biasanya pelbagai rasa dan kisah dicoretkan sampailah ke penghujung kad itu.Sewaktu di sekolah dahulu,kawan yang duduk sebelah pun nak bagi kad raya juga.Kelakar juga difikirkan.

Zaman dah berubah.Kad raya pun ada macam-macam jenis,warna,siap ada bunyi-bunyi lagi,Kalau untuk kekasih,bukan main besar kadnya,kadang-kadang ada lampu lip lap lip lap lagi,bunyi dan macam-macam..haha..Kalau besar sangat kad,nak tulis apa ya?Agaknya boleh bagi resipi kuih raya kot dalam tu?

0 ulasan:

Catat Ulasan