Esei Pilihan..

| | 3 ulasan »

Mereka Ialah Lagenda..

| | 0 ulasan »
Saat aku menerima tugasan yg diberikan Dr.Mawar aku sudah terfikir akan watak yang bakal aku garapkan di dalam cerpenku bersesuaian perwatakan yang dimiliki oleh Hang Tuah...Hang Tuah merupakan lagenda di Alam Melayu yang tidak pasti akan kewujudannya...Namun beliau menjadi ikon kepada semangat dan kepahlawanan org Melayu hingga kini..

Kenapa tidak Hang Tuah juga di angkat sebagai ikon kepada masyarakat didalam cerpen ku nanti berdasarkan semangat, kegigihan, kesetiaan, pergorbanan, dan pencapaian beliau berserta persoalan yang lain.

Aku melihat sukan merupakan skop yang terbaik untuk aku berfantasi lalu mengangkat serta
mengetengahkan sifat dan sikap Hang Tuah untuk menjadi ikon dan kebanggaan kepada masyarakat tempatan lalu megah di mata dunia..di dalam cerpenku nanti bakal aku
ceritakan mengenai pelbagai persoalan berdasarkan keagungan Hikayat Hang Tuah itu sendiri.


Dalam fikiran ini masih bermain2 sukan yang bakal mengangkat dan mencorak 'Hang Tuahku'









| | 0 ulasan »
Nilai Sekeping Kad Raya....

Kecanggihan teknologi zaman kini menyebabkan ramai yang kurang gemar untuk menghantar kad ucapan,tidak kiralah kad raya ke,kad hari jadi ke atau apa-apa sahaja.Apa susah,hanya tekan butang send dan tak sampai beberapa minit sahaja,si penerima sudah menerima pesanan.Semudah ABC!

Ucapan melalui sms kadang kala kita hanya kitar semula sms yang dihantar oleh kawan-kawan lalu disampaikan pula kepada sahabat-sahabat kita yang lain.Kadang-kadang kerana terlampau banyak mesej raya ini,tak sempat pun untuk kita baca malahan terus sahaja di "forward"kan kepada orang lain.Kebiasaannya pula hal-hal sebegini terjadi semasa malam raya.

Namun begitu,saya merasakan menghantar kad hari raya mempunyai nilai sentimental yang tersendiri kerana bagi saya ianya sungguh bermakna dan penuh ikhlas.Bermula daripada pemilihan kad raya,penelitian bait-bait kata didalam kad ucapan,selepas itu kita tuliskan dalam bentuk yang terindah dengan susunan bait-bait kata yang datang dari jiwa sehinggalah kita mengeposnya di pejabat pos.Setiap proses tersebut menggambarkan kesungguhan pengirimnya bukan?Saya tidak memaksa anda untuk bersetuju dengan pendapat saya.Itu pandangan masing-masing,namun inilah pandangan saya mengenai nilai sekeping kad raya.Sememangnya lain rasenya jika menulis sendiri di atas kad raya,biasanya pelbagai rasa dan kisah dicoretkan sampailah ke penghujung kad itu.Sewaktu di sekolah dahulu,kawan yang duduk sebelah pun nak bagi kad raya juga.Kelakar juga difikirkan.

Zaman dah berubah.Kad raya pun ada macam-macam jenis,warna,siap ada bunyi-bunyi lagi,Kalau untuk kekasih,bukan main besar kadnya,kadang-kadang ada lampu lip lap lip lap lagi,bunyi dan macam-macam..haha..Kalau besar sangat kad,nak tulis apa ya?Agaknya boleh bagi resipi kuih raya kot dalam tu?
| | 0 ulasan »

Hang Tuah ialah seorang pahlawan legenda berbangsa Melayu pada masa pemerintahan Kesultanan Melaka di abad ke-15 (Kesultanan Melayu Melaka) bermula pada 1400-1511 A.D. Menurut rekod sejarah, beliau lahir di Kampung Sungai Duyong, Melaka kira-kira dalam tahun 1444 A.D. Bapanya bernama Hang Mahmud manakala ibunya pula ialah Dang Merdu Wati. Bapanya juga pernah menjadi hulubalang istana yang handal suatu ketika dulu, begitulah juga ibunya yang merupakan keturunan dayang di istana. Hang Tuah ialah Laksamana yang terkenal dengan kesetiaannya kepada Raja dan merupakan petarung silat yang amat handal dan tiada tolok bandingnya.

Hang Tuah dan empat orang kawannya: Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu menuntut ilmu bersama Adiputra di Gunung Ledang. Hang Tuah telah jatuh cinta pada Melor, anak orang asli yang tinggal di Gunung Ledang dan menjadi pembantu Adiputra. Selesai menuntut ilmu, mereka berlima kembali ke kota Melaka.

Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan Dato' Bendahara (iaitu Perdana Menteri) daripada seorang lelaki yang sedang mengamok. Dato' Bendahara kagum dengan ketangkasan mereka dan menjemput mereka semua ke rumahnya dan seterusnya mengambil mereka untuk bertugas di istana.

Sejak itu Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya amat disayangi oleh Sultan hinggalah Hang Tuah mendapat gelar Laksamana. Semasa mengiringi Sultan Melaka ke Majapahit di tanah Jawa, Hang Tuah telah berjaya membunuh seorang pendekar Jawa bernama Taming Sari . Dalam pertarungan itu Taming Sari, seorang pendekar yang kebal yang tidak dapat dilukakan. Tetapi Hang Tuah mengetahui bahawa kekebalan Taming Sari terletak pada kerisnya. Oleh itu Hang Tuah berjaya merampas keris berkenaan dan membunuh Taming Sari. Keris itu kemudiannya dianugerahkan oleh Betara Majapahit kepada Hang Tuah. Pemilik keris ini akan turut menjadi kebal seperti pendekar Jawa Taming Sari.

Hang Tuah telah diutuskan ke Pahang bagi mendapatkan Tun Teja untuk dijadikan permaisuri Sultan Melaka. Ketika Hang Tuah ke Pahang, Melor turun dari Gunung Ledang mencari Hang Tuah. Melor telah ditawan oleh Tun Ali atas hasutan Patik Karma Vijaya bagi dijadikan gundik sultan. Atas muslihat Tun Ali juga, Hang Tuah yang kembali dari Pahang akhirnya dapat berjumpa Melor, tetapi Sultan juga turut menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu. Melor dan Hang Tuah dihukum bunuh kerana difitnah berzina dengan Melor yang telah menjadi gundik Sultan. Namun, hukuman mati tidak dilaksanakan oleh Bendahara sebaliknya Hang Tuah disembunyikannya di sebuah hutan di Hulu Melaka.

Hang Jebat telah dilantik oleh Sultan menjadi Laksamana menggantikan Hang Tuah dan keris Taming Sari telah dianugerahkan kepada Hang Jebat. Hang Jebat sebagai sahabat karib Hang Tuah, menyangka bahawa Hang Tuah telah teraniaya dan telah menjalani hukuman mati. Hang Jebat atau Hang Kasturi, bertindak derhaka kepada Sultan dan mengambil alih istana. Tidak ada pendekar atau panglima di Melaka yang dapat menentang Hang Jebat (atau Hang Kasturi) yang telah menjadi kebal kerana adanya keris Taming Sari di tangannya.

Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri dan berlindung di rumah Bendahara. Pada masa itu baginda baru menyesal kerana membunuh Hang Tuah yang tidak bersalah. Inilah masanya Bendahara memberitahu yang Hang Tuah masih hidup. Hang Tuah kemudiannya telah dipanggil pulang dan dititahkan membunuh Hang Jebat. Setelah tujuh hari bertarung, Hang Tuah akhirnya berjaya merampas semula Taming Sarinya daripada Hang Jebat dan membunuhnya.

Dalam pertarungan yang sedih ini, Hang Jebat telah cuba membela sahabatnya yang telah difitnah. Namun begitu, Hang Tuah telah membantu sultan yang sebelum itu menghukumnya tanpa sebarang alasan. Sedangkan Abu Bakar Siddiq R.A juga berkata kepada orang Muslim bahawa jika dia bersalah, rakyat boleh menjatuhkannya. Ternyata, kesilapan Hang Tuah yang tidak berfikir bahawa Allah S.W.T lebih berkuasa dari sultan dan memang tidak salah Hang Jebat cuba menegakkan kebenaran. Tragedi ini masih menjadi perbalahan orang melayu sampai sekarang.

Namun begitu, ada juga yang menyokong Hang Tuah. Ini kerana Hang Jebat bukan saja derhaka kepada sultan bahkan telah membunuh ramai orang/rakyat Melaka yang tidak berdosa dengan mengamuk di dalam istana dan seluruh Melaka. Tindakan Hang Tuah yang membunuh Hang Jebat mungkin satu tindakan yang berupa hukuman mati terhadap pembunuh.

Sumpah yang terkenal daripada Hang Tuah ialah "Tak Melayu Hilang di Dunia" yang bererti suku Melayu tidak akan punah di bumi ini.

Dipetik daripada :

Wikipedia Ensiklopedia Bebas


| | 0 ulasan »
-Hikayat Hang Tuah-

Hari ini bermula......Kehidupan Sasterawan Negara Ke - 11

| | 4 ulasan »

3 September 2009

hari ini aku membicarakan mengenai keresahan yang terdapat didalam hatiku..ku memandang sinis terhadap kebangkitan dan perjuangan yang menjadi ideologi segelintir pihak..apa lagi yang tidak cukup di negara ini...apa lagi yang kurang?bukankah kalian sudah mendapat kesenangan dan kemakmuran hasil dari perjuangan org terdahulu? lihatlah sekeliling wahai perjuang2 bangsa agama dan negara..seharusnya kita bersyukur dengan keadaan kita sekarang..dlm ketika ini hapuskan segala ideologi ciptaan manusia dan kembali ke konsep perpaduan yang sejagat..bukankan kita dikurniakan akal fikiran...


2 September 20
09

Kemilau senja ungu bagai mencengkam hatiku,membawa hatiku bersama ombak2 resah ke dasar persisiran yang jauh dari pandangan....ku langkahkan kaki berlari2 kecil ke daerah yang baru mencari bagi sinar yang menerangi hari ini serta bersama2 membuka lembaran diari hatiku..saat ini ku menulis bkn untuk menyiapkan tugasanku tetapi sebaliknya sinaran yg terbit dr pncran kemilauan memberi ku iktizam dan ketabahan dlm mengharungi setiap cabaran.
1 September 2009

Masih dengan semangat merdeka yang membara...aku mengorak langkah ke motosikal ku pergi ke kuliah yang telah dibatalkan..dari jauh ku lihat kelas itu seperi tiada kelibat makhluk bernyawa..dan penuh kesopanan aku membuka pintu.... tit..tit....telefon Nokia model terbaruku mengeluarkan bunyi menandakan ada pesanan di nsetku..'weh kelas batal'..ermmm


31 Ogos 2009

Hari ini merupakan detik2 yang sangat bermakna kepada warga Malaysia..
selamat menyambut hari Kemerdekaan ke - 52!..ku pautkan hati, menyerahkan jiwa ragaku kepada nusa dan bangsaku..

1 Malaysia,Rakyat didulukan, Percapaian diutamakan.





30 Ogos 2009

Aku memboceng motosikal lagak gaya seperti Hang Tuah menunggang kuda hitamnya bernama Jagindas..semangat kepahlawanan dan berberanian Hang Tuah sentiasa aku serapkan semasa myusuri titian perjalanan mengharungi raksasa2 di jalan raya..sesekali aku berasa resah apabila didatangi raksasa yang bergerak laju dr arah belakangku..namun semangat cintakan negara bertuah ini pemangkin kepda semangatku untuk mengharungi susuran hitam dan segera sampai ke rumahku.Aku tidak mahu terlepas menyaksikan kemeriahan dan pancaran bunga api dr skrin televisyen pada mlm ambang kemerdekaan negaraku...


29 Ogos 2009



Detik 4.45 pg ku tersedar dari lamunan mimpi yg sungguh mengasyikkan..wajah rupawan yang muncul di dalam mimpiku seolah2 tidak menginginkan aku untuk bangkit dari keasyikkan maya yg hadir semasa ku beradu..mungkin ini petanda kepada permulaan hari yang bertuah untukku..dan mungkin kepada orang di sekitarku..wah malam nanti tepat jam 12.10 malam akan berlangsung sebuah pertarungan epik..pertembungan yang bakal mempertemukan pasukan pujaanku, manchester united dengan si katik arsenal..dalam hatiku sudah melahirkan keghairahan terhadapnya..


28 Ogos 2009

Hari Jumaat yang mulia pembuka bicara saya pada hari ini..."pukul 4 ptg nanti ada pembentangan.."ku bebisik didalam hati..wah girang sungguh hatiku berselindung disebalik kerunsingan yang kupendamkan...bagaimanalah nasibku pada petang tersebut...ku lihat felo blok 9 keris mas berjalan berlenggang2 sambil menguntumkan seyuman kepada seorang jejaka yang sepertinya..jejaka yang mungkin lahir dari semangat kepahlawan Tun fatimah...bukannya dari semangat Datuk Laksamana Hang Tuah mahupun Hang Jebat..





27 Ogos 2009

Hari ini bermulanya tugasan aku, Dr.Mawar Shafei yang seharum bunga mawar di Puncak Gunung Fiji telah memukau hatiku dan memakukan pandangan aku tepat kepada wajahnya...dengan ini aku mengisytiharkan bahawa asinggmentku semakin bertambah-tambah seperti yang terbuku di firasatku seketika tadi....beliau telah memberi tugasan pertama iaitu membuat catatan harian bermula pada detik ini....tugasan ini memaksa aku merangkak2 dan tersipu2 malu dlm mengunakan blog yang tak pernahku godai selama ini....Laksamana Hang Tuah merupakan pahlawan Melayu yang terbilang menjadi simbolisme kepada kehidupanku selepas ini dan hari2 yang seterusnya....