3 September 2009
hari ini aku membicarakan mengenai keresahan yang terdapat didalam hatiku..ku memandang sinis terhadap kebangkitan dan perjuangan yang menjadi ideologi segelintir pihak..apa lagi yang tidak cukup di negara ini...apa lagi yang kurang?bukankah kalian sudah mendapat kesenangan dan kemakmuran hasil dari perjuangan org terdahulu? lihatlah sekeliling wahai perjuang2 bangsa agama dan negara..seharusnya kita bersyukur dengan keadaan kita sekarang..dlm ketika ini hapuskan segala ideologi ciptaan manusia dan kembali ke konsep perpaduan yang sejagat..bukankan kita dikurniakan akal fikiran...
2 September 2009
Kemilau senja ungu bagai mencengkam hatiku,membawa hatiku bersama ombak2 resah ke dasar persisiran yang jauh dari pandangan....ku langkahkan kaki berlari2 kecil ke daerah yang baru mencari bagi sinar yang menerangi hari ini serta bersama2 membuka lembaran diari hatiku..saat ini ku menulis bkn untuk menyiapkan tugasanku tetapi sebaliknya sinaran yg terbit dr pncran kemilauan memberi ku iktizam dan ketabahan dlm mengharungi setiap cabaran.
1 September 2009Masih dengan semangat merdeka yang membara...aku mengorak langkah ke motosikal ku pergi ke kuliah yang telah dibatalkan..dari jauh ku lihat kelas itu seperi tiada kelibat makhluk bernyawa..dan penuh kesopanan aku membuka pintu.... tit..tit....telefon Nokia model terbaruku mengeluarkan bunyi menandakan ada pesanan di nsetku..'weh kelas batal'..ermmm
31 Ogos 2009

Hari ini merupakan detik2 yang sangat bermakna kepada warga Malaysia..
selamat menyambut hari Kemerdekaan ke - 52!..ku pautkan hati, menyerahkan jiwa ragaku kepada nusa dan bangsaku..
1 Malaysia,Rakyat didulukan, Percapaian diutamakan.

30 Ogos 2009
Aku memboceng motosikal lagak gaya seperti Hang Tuah menunggang kuda hitamnya bernama Jagindas..semangat kepahlawanan dan berberanian Hang Tuah sentiasa aku serapkan semasa myusuri titian perjalanan mengharungi raksasa2 di jalan raya..sesekali aku berasa resah apabila didatangi raksasa yang bergerak laju dr arah belakangku..namun semangat cintakan negara bertuah ini pemangkin kepda semangatku untuk mengharungi susuran hitam dan segera sampai ke rumahku.Aku tidak mahu terlepas menyaksikan kemeriahan dan pancaran bunga api dr skrin televisyen pada mlm ambang kemerdekaan negaraku...
29 Ogos 2009

28 Ogos 2009
Hari Jumaat yang mulia pembuka bicara saya pada hari ini..."pukul 4 ptg nanti ada pembentangan.."ku bebisik didalam hati..wah girang sungguh hatiku berselindung disebalik kerunsingan yang kupendamkan...bagaimanalah nasibku pada petang tersebut...ku lihat felo blok 9 keris mas berjalan berlenggang2 sambil menguntumkan seyuman kepada seorang jejaka yang sepertinya..jejaka yang mungkin lahir dari semangat kepahlawan Tun fatimah...bukannya dari semangat Datuk Laksamana Hang Tuah mahupun Hang Jebat..

27 Ogos 2009
Hari ini bermulanya tugasan aku, Dr.Mawar Shafei yang seharum bunga mawar di Puncak Gunung Fiji telah memukau hatiku dan memakukan pandangan aku tepat kepada wajahnya...dengan ini aku mengisytiharkan bahawa asinggmentku semakin bertambah-tambah seperti yang terbuku di firasatk

4 ulasan:
Khairun
gunakan ruang blog ini untuk latihan menulis bahasa yang berSENI dan mempersonakan. selamat maju jaya.
benghayok Mok~ mu ijan...
salam...
nice blog
background cantik sangat...!!
Catat Ulasan